1. Apakah FINDER301?
FINDER301 adalah direktori SMS khas untuk pelanggan Maxis/Hotlink.
Kini, anda boleh membuat carian melalui sms dan mendapat info Carian anda akan dihantar
FINDER301 akan menghantar maklumat carian anda yang berhampiran lokasi anda.
Senarai
FINDER301 yang disediakan adalah Makan, Filem, Bank, Hospital, Stesyen Polis, Pusat Maxis dan sebagainya.
2. Bagaimana saya boleh menggunakan FINDER301?
Sila hantar carian anda melalui SMS ke 301.
Contohnya, jika anda manghantar MAKAN ke 301, anda akan menerima senarai restoran berhampiran anda. Anda juga boleh munggunakan kata kunci pilihan makanan yang khusus seperti KOPI, LAKSA atau NASI.
Jika anda ingin mencari kemudahan lain, sila hantar BANK, ATM atau KLINIK ke 301.
3. Apakah maklumat yang boleh saya dapati daripada FINDER301?
Sila pilih carian anda daripada senarai yang diterima untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti alamat, nombor telefon, dan juga peta untuk membawa anda ke sana.
4. Apakah bayaran yang dikenakan untuk menggunakan FINDER301?
Setiap carian sms dikenakan caj sms biasa. Semua info yang dihantar
FINDER301 adalah percuma.
Atas permintaan anda, peta juga boleh didapati melalui link yang dihantar oleh
FINDER301.
Maklumat ini adalah percuma, tetapi, setelah anda klik link tersebut, anda akan melayari laman web, dan caj data akan dikenakan.
Jika anda ingin melihat peta yang tersedia, anda memerlukan telefon yang menyokong WAP/GPRS dan web browser.
Jika anda ingin mengguna servis peta kami, kami ingin menyarankan anda untuk melanggan pelan Mobile Internet Maxis. Pelan Mobile Internet Maxis bermula dari RM2/jam, dan ini dapat memperkayakan pengalaman
FINDER301 anda.
Jika anda ingin mendaftar pada 1-jam data plan kami, sila daal *100# dan pilih Servis, kemudian pilih 'Mobile Internet'.
5. Adakah FINDER301 hanya memberi maklumat berdasarkan lokasi berdekatan saya sahaja?
FINDER301 juga boleh menghantar carian berdasarkan lokasi pilihan anda. Anda hanya perlu meletak simbol '@' di depan lokasi pilihan anda.
Contoh:Jika anda ingin mencari LAKSA di SS2, PJ, sila hantar LAKSA @ PJ ke 301
Jika anda ingin mencari ATM di Ampang, sila hantar ATM @ AMPANG ke 301.
6. Mengapa restoran kegemaran saya tidak terdapat di dalam FINDER301?
Servis
FINDER301 sedang membesar. Oleh itu, kami mengalu-alukan maklum balas anda. Anda boleh mendaftar di
www.finder301.com dan masukkan restoran kegemaran anda di sana. Anda mempunyai pilihan untuk mengadar, sumbangkan tinjauan anda, dan pin titik lokasi di peta untuk membantu
FINDER301 pengguna yang lain sampai ke sana.